Wednesday 12 June 2013

Farid Kamil dan Ibu Diana Danielle Ibarat filem Ibu Mertuaku?


Farid Kamil mungkin dah termasuk dalam senarai artis yang mencari jalan penyelesaian masalah di laman social macam Twitter. Betul ke? 

Tapi itu apa yang dia tweet sendirilah. Jadi adakah benar selama bertahun2 dia bersabar dengan sikap mak mertua kini menemui jalan buntu dan semakin parah walaupun dia masih cuba bersabar menahan diri dengan perangai dan layanan si ibu mertua?

Atau adakah  ini hanya sekadar mainan propaganza ? Adakah hanya sekadar skrip untuk projek filem atau drama ? Mungkin......

Satu demi satu kontroversi yang Farid Kamil cetuskan sejak akhir-akhir ini.
Tapi kalau betul pun beliau ada masalah hubungan dengan ibu mertua, menceritakannya di laman social adalah tidak wajar sama sekali. Membawa isu masalah keluarga secara terbuka seperti itu hanya memburukkan dan menyusahkan diri dan ramai lagi pihak.

Itu pendapat saya sahaja. Anda bagaimana? 

Wednesday 5 June 2013

Najwa Latif - I Love You (official music video)


Najwa Latif baru keluarkan mv terbaru lagunya bertajuk I Love You.
Konsepnya sangat simple tapi aku suka lah mv baru ni
senang gila nak faham tapi cantik dan ada ceritanya sendiri
Menampilkan pelakon meningkat naik, Shah Iskandar sebagai hero
Ramai suka walaupun lagunya tak best sgt r daripada lagu2 Najwa Latif sebelum ni





Jom tengok mv terbaru Najwa Latif nih



Wednesday 29 May 2013

Afiq Muiz Perlu Mohon Maaf/Sujud Kaki Ibu - Kakak Datuk K


Datin Zaiton Mohd Jiwa ialah penerbit terkenal dan juga merupakan pemilik Station Global Sdn Bhd yang telah menerbitkan drama-drama popular seperti Adam Dan Hawa dan Sehangat Asrama. Mesra dengan nama panggilan Kak Ton, beliau telah memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz yang merupakan artis residen syarikatnya.


Antara nasihat yang diberikan oleh Kak Ton ialah Afiq harus segera memohon maaf dan sujud di bawah kaki ibunya. Kata Kak Ton kepada Utusan Malaysia:-
Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya. Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu.


Menurut Kak Ton, satu drama yang membabitkan Afiq Muiz terpaksa ditangguhkan kerana kontroversi yang telah berlaku. Agak tertarik mendengar kata-kata Kak Ton mengenai Afiq Muiz di awal kemunculannya. Kata Kak Ton:-
Kak Ton ambil Afiq sebab pertama kali lihat dia, Kak Ton tengok budak ini tidak cakap banyak dan hormat orang tua. Lagipun Kak Ton sudah ada beberapa projek untuk dia, jadi untuk memudahkan dia, Kak Ton ambil Afiq jadi artis residen bermula awal tahun ini. Tak sangka pula perkara begini boleh berlaku. Apa pun Kak Ton tidak boleh sewenang-wenang menyingkirkan dia sebab semua itu sudah tertakluk kepada kontrak. Sekarang ini Kak Ton hanya boleh berdoa dan berharap agar stesen televisyen tidak meminggirkan dia kerana kalau itu terjadi kasihan budak itu.

Adakah Afiq Muiz besar kepala apabila popularitinya semakin meningkat? Entahlah. Sekarang ini dengar ceritanya pun kebanyakan stesen televisyen dan media massa akan memboikot Afiq Muiz sekali dia tidak memohon maaf kepada ibunya. Sudah ramai yang memberikan nasihat kepada Afiq Muiz. Jadi terpulanglah kepada Afiq untuk mengikuti mana-mana nasihat yang dirasakan sesuai untuk dirinya.


Wednesday 22 May 2013

Afiq Muiz dan Eina Azman Terus Dikritik Hebat!



Minggu ni kecoh gila tau pasal Afiq Muiz dengan keluarga dia. 


tak dilupakan juga awek dia Eina Azman yang terpalit sekali dalam isu gaduh ni


Rambut dia Rosmah pun tak boleh lawan

Jom kita baca sikit berita terbaru isu ni dipetik drpd RotiKaya

Tidak nampak sebenarnya sebarang jalan penyelesaian kalau pasangan ini terus mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir, yeah tanpa berfikir kami kira. Ini kenyataan terbaru dari Afiq Muiz kita.
Melalui Twitter beliau petang ini, Afiq Muiz seakan mengiyakan dakwaan yang beliau membuang ibu kandung sendiri selepas menulis yang beliau lebih rela mati dari hidup sebegini.
“Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan menfitnah dan menghina hamba Allah,” tulis Afiq Muiz sekitar 3.11 petang tadi.
Sahabat wanitanya, Eina Azman juga hari ini mengeluarkan kenyataan pedas mengatakan yang ibu Afiq Muiz mungkin kurang siuman selain mahu meneruskan niat untuk menyaman wanita itu di mahkamah.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” ujar Eina Azman.
Oh Tuhan.

Ini pula komen orang ramai tentang isu Afiq Muiz ni. Aku rasa walau pihak mana salah, Afiq masih tetap kena hormat keluarga dia mak dia. Aku setuju sangat dgn komen nombor satu tuh.









Kembalilah ke pangkal jalan sementara ada waktu masih sempat
kesiankan dkt mak kau
kau berkira soal duit sedangkan kau baru dapat rasa nikmat bekerja, duit
sedangkan pengorbanan mak kau selama ni kabur semata2 sebab individu lain
tak berkat hidup nanti

Monday 13 May 2013

Penampilan Bertudung Lisdawati Terbaru


Makin ramai artis dan selebriti Malaysia yang bertudung sekarang kan? Terbaru, pelakon Lisdawati pula dah tampil sekarang ni dengan bertudung atau berhijab. Tapi aku dapat tahu agak susah jugak ar dia nak kekal bertudung sebab sumber pendapatan dia selama ni kan bekerja. Ramai ar orang bagi feedback negative. 

Kononnya jugak dia kena bukak tudung semata2 untuk galas certain watak dalam drama atau filem yang mana dia terpaksa bukak tudung. Kesian pulak aku dengar. Niat baik tu dah ada tapi jalan terpaksa dia ambil nampaknya berliku. Kalau betol cerita ni memang aku kesian dan faham sangat perasaan dia sebagai isteri dan ibu.




Aku sikit pun tak nak kutuk dia. Buat apa? Niat dia dah ada dan aku sokong sepenuhnya. Biar dia jalani perubahan sikit2 lama2 eloklah tuh. Kita janganlah mengumpat bila tengok orang berubah ke arah kebaikan kan? Apa pendapat korang pulak.

Friday 3 May 2013

Perang Bendera Kreatif PRU13


Macam Iron Patriot pulak

Pilihan Raya Umum 13 makin dekat. Rose saksikan perlbagai ragam orang kita sambut PRU13 kali ini yang dikatakan sebagai Ibu kepada semua pilihan raya. 

Mari kita tengok perang bendera antara parti-parti yang bertanding macam Barisan Nasional, PKR, PAS dan DAP.



Supporter kuat BN tu



Kreatif


Kreatif kuasa dua






Kreatif kuasa tiga


Kreatif kuasa empat ploh empat!


Laksamana Hang BN


Terlebih kreatif. sangat kreatif


Thursday 25 April 2013

Jom Shopping Koleksi Rizalman for Zalora 2013!


Sebagai peminat atau customer tegar untuk Zalora Malaysia, aku rasa happy sangat bila dapat tahu yang Zalora bekerjasama dengan pereke fesyen Rizalman Ibrahim untuk koleksi terbaru diorang. Ok, aku tahu bila tulis macam ni mesti ada yang lepas ni fikir bukan2 sebab aku promote Zalora. Aku pernah terbaca banyak jugak ah blogger2 yang hentam kaw2 punya pasal kononnya service Zalora teruk. Pada pendapat aku, dalam banyak2 reivew negative tu kebanyakkannya over the top okayh! Aku perasan ramai yang exaggerate cerita jadi panjang lebar.

Aku ni setiap bulan, setiap kali dapat gaji memang dekat Zalora je lah aku spend duit untuk shopping. senang gila kot kau tak perlu dah nak keluar semata2 nak beli kasut ke baju ke dress ke. Kau tekan2 je tunggu few days pastu sampai dah barang yang kau beli. 


Berbalik kepada koleksi terbaru ni, nilainya sangat eksklusif yang mana korang hanya boleh dapatkannya dekat Zalora Malaysia sahaja. Koleksi Rizalman for Zalora 2013 ni dah boleh didapati di website mereka. 






Tengok nih! 
Rambang mata aku tengok! Aku paling berkenan tengok Rizalman for Zalora Rita Kurung tuh. Kalau kena dengan size memang terletak cantik je kat badan kan.

Korang boleh tengok video koleksi ni dekat sini jugak.


Vasssss sangat koleksi nih. Bagi aku  boleh dianggap sebagai koleksi yang akan berjaya. 


Selain tu, ada pembaharuan baru aku tengok dekat website Zalora tuh. Aku rasa diorang baru je launch App for iOS untuk Zalora. Kelas kau jahhhhh! Online shopping site yang lain ada??? haha


Ok lah daripada type panjang2, korang baca pun berbelas minit, baik aku berhenti sekarang. Sebab nanti amik masa pulak untuk check koleksi terbaru ni. Siapa lambat dia tak dapat! 
Bye bye

Wednesday 17 April 2013

Psy's New Single Video 'Gentleman' Goes VIRAL! 100 Million Hits in 4 Days!



Akak aku geleng kepala bila aku sibuk cari kasut macam Psy ni untuk birthday kawan aku next month. Matilahhh kalau dia baca blog aku ni kantoi hadiah apa aku nak kasi dia. By the way, do u guys perasan atau tidak those shoes or sneakers worn by Psy in his Gangnam video? Lawa gila kan?

Sebelum ni tak pernah terfikir kasut lelaki pun boleh jadi menarik dan trendy macam kasut perempuan. Siap ada pelbagai corak dan design dan studs lagi. Kau mampu? So girls jangan nak berangan bajet cantik merajuk2 dengan pakwe masing2 bila pergi dating. Elakkan bukan dia pujuk, tapi dia letak kasut dia yang berduri tu kat muka kau. Hamek! Naya! hahahaha


Aku ada pernah ternampak hampir sebijik macam ni dekat TS. tapi sayang, bila pergi lagi dah tak ada. atau aku simply tak ingat kedai mana yang jual. lemah betul daya ingatan aku. TS tu besar bertingkat2 Kak Jemah oi!


See? kinda nice jugaklah for men's shoes. tapi aku rasa perempuan pun boleh pakai nih.


Oooooo op op Oppa Gangnam styleeee


but boys, if u ever want to look for similar outfits as Psy's - shoes, eyeglasses etc - i suggest to check out on Zalora Malaysia's wesbite as they offer kinda similar to these items. Tak sama 100% tapi koleksi diorang aku rasa boleh tahan banyak dan menarik. Cubalah tengok. Kawan aku suka betul shopping online dekat sana apatah lagi untuk kasut atau sneakers.


Korang tahu tak Psy ada video dan lagu baru. Baru 4 hari letak dekat Youtube dah lebih 100juta view ok! Artis Malaysia? Sendu. Dekat 3 tahun kalau dapat view 1000 pun dah kira berutung pecah rekod. haha






Wednesday 10 April 2013

(Gambar) Majlis Amal Siti Nurhaliza VS Gambar Lucah Aeril Zafrel



She looks gorgeous and I did watch her video on YouTube and I thing she's simply amazing! Her mesmerizing voice sounds pleasant to my ears. 

What's she wearing? Is it a jubah or a modern baju kurung? does anybody know? hehe

Ini gambar-gambar dari blog Nara sewaktu Siti Nurhaliza menjayakan program majlis amal untuk Yayasan Aids Malaysia dengan kerjasama brand tudung Fareeda.
















Tapi minggu lepas ada juga kecoh pasal gambar separuh bogel Aeril Zafrel yang kononnya tersebar. Aik bukan ke dia sekarang dah tukar imej ala-ala baik siap belajar agama semua?



Namun Aeril Zafrel telah tampil ke depan. Beliau tidak menidakkan malah mengakui itu semua gambar miliknya tetapi kononnya ketika waktu 'zaman jahiliah'. He even asked the media to not make a big issue out of if, let alone jadikan benda tu isu kontroversi. Keadaan menjadi makin panas bila gambar tersebut boleh didapati di laman web atau blog lucah. 

Bagus Aeril nih. Sekurangnya dia tahu harga yang perlu dibayar bila menjadi selebriti apatah lagi dia ada bakat sampai dapat peluang berlakon di Hollywood dengan Sharon Stone.