Wednesday 29 May 2013

Afiq Muiz Perlu Mohon Maaf/Sujud Kaki Ibu - Kakak Datuk K


Datin Zaiton Mohd Jiwa ialah penerbit terkenal dan juga merupakan pemilik Station Global Sdn Bhd yang telah menerbitkan drama-drama popular seperti Adam Dan Hawa dan Sehangat Asrama. Mesra dengan nama panggilan Kak Ton, beliau telah memberikan sedikit nasihat kepada Afiq Muiz yang merupakan artis residen syarikatnya.


Antara nasihat yang diberikan oleh Kak Ton ialah Afiq harus segera memohon maaf dan sujud di bawah kaki ibunya. Kata Kak Ton kepada Utusan Malaysia:-
Walau seburuk atau sejahat mana mak, dia tetap mak Afiq. Sebagai anak, Afiq harus mohon maaf dan sujud di kakinya. Afiq perlu lakukan itu dengan ikhlas bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk. Kak Ton banyak beri nasihat pada Afiq tentang hubungannya dengan mak dia. Sebagai seorang ibu, Kak Ton sedih melihat perkara ini berlaku pada Afiq dengan mak dia kerana seorang anak perlukan doa dan restu ibu untuk berjaya. Kak Ton kata pada dia, walau apa sekali perangai mak terhadap kita, sebagai anak kita perlu mengalah dan mohon maaf kerana syurga di bawah telapak kaki ibu.


Menurut Kak Ton, satu drama yang membabitkan Afiq Muiz terpaksa ditangguhkan kerana kontroversi yang telah berlaku. Agak tertarik mendengar kata-kata Kak Ton mengenai Afiq Muiz di awal kemunculannya. Kata Kak Ton:-
Kak Ton ambil Afiq sebab pertama kali lihat dia, Kak Ton tengok budak ini tidak cakap banyak dan hormat orang tua. Lagipun Kak Ton sudah ada beberapa projek untuk dia, jadi untuk memudahkan dia, Kak Ton ambil Afiq jadi artis residen bermula awal tahun ini. Tak sangka pula perkara begini boleh berlaku. Apa pun Kak Ton tidak boleh sewenang-wenang menyingkirkan dia sebab semua itu sudah tertakluk kepada kontrak. Sekarang ini Kak Ton hanya boleh berdoa dan berharap agar stesen televisyen tidak meminggirkan dia kerana kalau itu terjadi kasihan budak itu.

Adakah Afiq Muiz besar kepala apabila popularitinya semakin meningkat? Entahlah. Sekarang ini dengar ceritanya pun kebanyakan stesen televisyen dan media massa akan memboikot Afiq Muiz sekali dia tidak memohon maaf kepada ibunya. Sudah ramai yang memberikan nasihat kepada Afiq Muiz. Jadi terpulanglah kepada Afiq untuk mengikuti mana-mana nasihat yang dirasakan sesuai untuk dirinya.


Wednesday 22 May 2013

Afiq Muiz dan Eina Azman Terus Dikritik Hebat!



Minggu ni kecoh gila tau pasal Afiq Muiz dengan keluarga dia. 


tak dilupakan juga awek dia Eina Azman yang terpalit sekali dalam isu gaduh ni


Rambut dia Rosmah pun tak boleh lawan

Jom kita baca sikit berita terbaru isu ni dipetik drpd RotiKaya

Tidak nampak sebenarnya sebarang jalan penyelesaian kalau pasangan ini terus mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir, yeah tanpa berfikir kami kira. Ini kenyataan terbaru dari Afiq Muiz kita.
Melalui Twitter beliau petang ini, Afiq Muiz seakan mengiyakan dakwaan yang beliau membuang ibu kandung sendiri selepas menulis yang beliau lebih rela mati dari hidup sebegini.
“Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan menfitnah dan menghina hamba Allah,” tulis Afiq Muiz sekitar 3.11 petang tadi.
Sahabat wanitanya, Eina Azman juga hari ini mengeluarkan kenyataan pedas mengatakan yang ibu Afiq Muiz mungkin kurang siuman selain mahu meneruskan niat untuk menyaman wanita itu di mahkamah.
“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” ujar Eina Azman.
Oh Tuhan.

Ini pula komen orang ramai tentang isu Afiq Muiz ni. Aku rasa walau pihak mana salah, Afiq masih tetap kena hormat keluarga dia mak dia. Aku setuju sangat dgn komen nombor satu tuh.









Kembalilah ke pangkal jalan sementara ada waktu masih sempat
kesiankan dkt mak kau
kau berkira soal duit sedangkan kau baru dapat rasa nikmat bekerja, duit
sedangkan pengorbanan mak kau selama ni kabur semata2 sebab individu lain
tak berkat hidup nanti

Monday 13 May 2013

Penampilan Bertudung Lisdawati Terbaru


Makin ramai artis dan selebriti Malaysia yang bertudung sekarang kan? Terbaru, pelakon Lisdawati pula dah tampil sekarang ni dengan bertudung atau berhijab. Tapi aku dapat tahu agak susah jugak ar dia nak kekal bertudung sebab sumber pendapatan dia selama ni kan bekerja. Ramai ar orang bagi feedback negative. 

Kononnya jugak dia kena bukak tudung semata2 untuk galas certain watak dalam drama atau filem yang mana dia terpaksa bukak tudung. Kesian pulak aku dengar. Niat baik tu dah ada tapi jalan terpaksa dia ambil nampaknya berliku. Kalau betol cerita ni memang aku kesian dan faham sangat perasaan dia sebagai isteri dan ibu.




Aku sikit pun tak nak kutuk dia. Buat apa? Niat dia dah ada dan aku sokong sepenuhnya. Biar dia jalani perubahan sikit2 lama2 eloklah tuh. Kita janganlah mengumpat bila tengok orang berubah ke arah kebaikan kan? Apa pendapat korang pulak.

Friday 3 May 2013

Perang Bendera Kreatif PRU13


Macam Iron Patriot pulak

Pilihan Raya Umum 13 makin dekat. Rose saksikan perlbagai ragam orang kita sambut PRU13 kali ini yang dikatakan sebagai Ibu kepada semua pilihan raya. 

Mari kita tengok perang bendera antara parti-parti yang bertanding macam Barisan Nasional, PKR, PAS dan DAP.



Supporter kuat BN tu



Kreatif


Kreatif kuasa dua






Kreatif kuasa tiga


Kreatif kuasa empat ploh empat!


Laksamana Hang BN


Terlebih kreatif. sangat kreatif